Sunday 20 January 2013










Rumah Warisan Haji Adam Ahmad ini terletak di Kampung Semabok , Melaka. Rumah tradisional yang masih mengekalkan unsur warisan tradisional sepenuhnya ini diwasiatkan dari satu generasi ke generasi. Menurut pemilik rumah iaitu Encik Haji Adam Ahmad, rumah ini diwarisi kepada beliau setelah ibunya meninggal dunia. Menurut anggaran beliau, rumah tradisional ini telah berusia 30 tahun Menurut beliau juga, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah mengyistiharkan rumah ini sebagai salah satu Rumah Warisan Melaka. Rumah ini  dijaga sepenunya oleh PERZIM. Terdapat pelbagai ukiran yang dapat diperlihatkan pada rumah tradisional ini. Tambahan pula, Encik Haji Adam Ahmad masih mengekalkan unsur tradisonal dan antik sepenuhnya di dalam rumah beliau. Terdapat pelbagai barangan antik yang susah untuk didapati kini terdapat di rumah beliau. Senibina rumah tradisional ini banyak dipengaruhi oleh campuran tradisional dan moden.




Papan tanda rumah Tradisional di perkarangan masuk ke halaman rumah